TERMA & SYARAT PROGRAM AFFILIATE

JET KERTAS TRAVEL SDN BHD (JKT)

 

Dokumen Terma & Syarat ini dalam Program Affiliate Jet Kertas Travel Sdn Bhd ("JKT"). Dengan mendaftar dan menyertai program ini, Affiliate/Ejen dianggap telah membaca, memahami serta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan.


 1. DEFINISI

Bagi tujuan Perjanjian ini:

"JKT" bermaksud Jet Kertas Travel Sdn Bhd termasuk syarikat berkaitan, subsidiari, pengarah, kakitangan, wakil dan mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh syarikat.

"Affiliate/Ejen" bermaksud individu atau entiti perniagaan yang telah diluluskan oleh JKT untuk mempromosikan serta merujuk pelanggan kepada JKT.

"Pelanggan" bermaksud mana-mana individu yang membeli pakej pelancongan atau perkhidmatan JKT melalui rujukan Affiliate/Ejen.

"Komisen" bermaksud bayaran insentif yang layak diterima oleh Affiliate/Ejen berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.

"Pakej Pelancongan" merujuk kepada semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKT termasuk pakej pelancongan, tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, visa serta lain-lain perkhidmatan berkaitan pelancongan.


2. OBJEKTIF PROGRAM

Program Affiliate JKT diwujudkan bagi memberi ganjaran kepada Affiliate/Ejen yang berjaya mempromosikan serta menghasilkan jualan produk dan perkhidmatan JKT.

 

Penyertaan dalam program ini tidak mewujudkan hubungan pekerjaan, perkongsian perniagaan, francais, ejen berlesen atau usahasama di antara JKT dan Affiliate/Ejen.


3. KELAYAKAN PENYERTAAN

Affiliate/Ejen hendaklah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
  • Mempunyai akaun bank Malaysia yang sah (atau akaun bank luar negara yang diluluskan oleh JKT);
  • Memberikan maklumat peribadi yang lengkap dan tepat;
  • Mematuhi semua undang-undang serta peraturan Malaysia yang berkaitan;
  • Mendapat kelulusan rasmi daripada JKT sebelum menyertai program.

JKT berhak menerima, menolak, menggantung atau menamatkan mana-mana permohonan Affiliate/Ejen mengikut budi bicara syarikat tanpa perlu memberikan sebarang alasan.


4. SALURAN RASMI PEMBAYARAN

Semua bayaran pelanggan termasuk:

  • Deposit;
  • Bayaran penuh;
  • Bayaran baki;
  • Sebarang bayaran berkaitan pakej pelancongan;

hendaklah dibuat terus ke akaun rasmi Jet Kertas Travel Sdn Bhd atau saluran pembayaran rasmi yang diluluskan oleh JKT.


5. LARANGAN MENGUTIP WANG PELANGGAN

Affiliate/Ejen adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk:

  • Mengutip wang tunai daripada pelanggan;
  • Menerima deposit bagi pihak JKT;
  • Menyimpan wang pelanggan;
  • Mengeluarkan resit sendiri;
  • Menggunakan akaun bank peribadi untuk menerima bayaran pelanggan.

 

Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan:

  • Penamatan keahlian Affiliate secara serta-merta;
  • Pembatalan atau pelucuthakan komisen;
  • Tindakan undang-undang jika perlu.

6. PENGESAHAN TEMPAHAN

Sesuatu tempahan hanya dianggap SAH dan DISAHKAN apabila:

  • JKT telah menerima bayaran pelanggan; dan
  • Resit rasmi pembayaran telah dikeluarkan oleh JKT.

7. STRUKTUR KOMISEN

7.1 Kelayakan Komisen

Komisen hanya akan dibayar sekiranya:

  • Bayaran pelanggan telah berjaya diterima oleh JKT;
  • Pelanggan bukan pelanggan sedia ada yang telah didaftarkan di bawah Affiliate/Ejen lain;
  • Tiada pembatalan, pertikaian pembayaran, caj balik (chargeback) atau tuntutan bayaran balik.

7.2 Jadual Pembayaran Komisen

Komisen yang diluluskan akan dibayar seperti berikut:

Bayaran Pertama

50% daripada jumlah komisen akan dibayar pada setiap 10hb kalendar tahunan, selepas JKT menerima bayaran deposit atau bayaran pelanggan.

 

Bayaran Kedua

Baki 50% akan dibayar selepas pelanggan berlepas ke destinasi, pada setiap 10hb kalendar tahunan


7.3 Penangguhan Komisen

JKT berhak menangguhkan, mengurangkan, melaras atau menahan pembayaran komisen sekiranya:

  • Bayaran pelanggan masih belum diterima sepenuhnya;
  • Pelanggan membuat tuntutan bayaran balik;
  • Berlaku Chargeback;
  • Disyaki berlaku penipuan;
  • Affiliate hanya memperkenalkan prospek tanpa tempahan lengkap;
  • Affiliate melanggar mana-mana syarat dalam terma dan syarat.

8. TANGGUNGJAWAB AFFILIATE

Affiliate/Ejen hendaklah:

  • Mempromosikan JKT secara jujur dan profesional;
  • Memberikan maklumat yang tepat kepada pelanggan;
  • Merujuk pelanggan kepada wakil rasmi JKT apabila diperlukan;
  • Tidak membuat sebarang janji atau jaminan yang tidak diluluskan oleh JKT;
  • Sentiasa menjaga nama baik dan reputasi JKT.

Affiliate/Ejen TIDAK DIBENARKAN:

  • Memberikan maklumat yang mengelirukan;
  • Menyalah tafsir butiran pakej;
  • Mengubah harga pakej;
  • Memberikan diskaun tanpa kelulusan bertulis;
  • Menawarkan hadiah atau manfaat tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada JKT.

9. PEMASARAN DAN PENGIKLANAN

Affiliate/Ejen dibenarkan mempromosikan JKT melalui:

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • WhatsApp
  • Telegram
  • WeChat
  • Laman web
  • Blog
  • Platform media sosial lain
  • Rangkaian peribadi

Walau bagaimanapun Affiliate/Ejen tidak dibenarkan:

  • Menggunakan iklan yang mengelirukan;
  • Membuat dakwaan palsu;
  • Menggunakan bahan berhak cipta tanpa kebenaran;
  • Menghantar spam atau pemasaran yang menyalahi undang-undang.

10. PEMATUHAN KEPADA MOTAC DAN DASAR SYARIKAT

Semua pakej dan tempahan tertakluk kepada:

  • Undang-undang Malaysia;
  • Peraturan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC);
  • Keperluan pelesenan agensi pelancongan;
  • Terma & Syarat Pakej Pelancongan JKT.

11. PERUBAHAN PAKEJ

JKT berhak pada bila-bila masa untuk:

  • Mengubah itinerari;
  • Menukar jadual penerbangan;
  • Menukar hotel;
  • Menukar pengangkutan;
  • Menyemak harga pakej;
  • Menangguhkan atau membatalkan lawatan;
  • Menukar aktiviti;
  • Membuat sebarang perubahan operasi yang difikirkan perlu.

Antara sebab perubahan termasuk:

  • Force Majeure;
  • Perubahan syarikat penerbangan;
  • Arahan kerajaan;
  • Perubahan pembekal;
  • Faktor keselamatan;
  • Keperluan operasi;
  • Pertimbangan komersial;
  • Sebarang keadaan di luar kawalan munasabah JKT.

12. HAK HARTA INTELEK

Semua:

  • Logo
  • Tanda dagangan
  • Brosur
  • Gambar
  • Video
  • Rekaan grafik
  • Bahan promosi

adalah hak milik eksklusif JKT.

Affiliate hanya dibenarkan menggunakan bahan yang telah diluluskan bagi tujuan mempromosikan Program Affiliate ini sahaja.


13. DASAR ANTI PENIPUAN

JKT mengamalkan polisi Sifar Toleransi terhadap:

  • Tempahan palsu;
  • Tempahan sendiri (Self-Referral);
  • Manipulasi identiti;
  • Penipuan pembayaran;
  • Penyalahgunaan komisen;
  • Sebarang bentuk penipuan.

JKT berhak menamatkan penyertaan Affiliate serta mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.


14. PENAMATAN PENYERTAAN

JKT boleh menggantung atau menamatkan penyertaan Affiliate pada bila-bila masa sekiranya:

  • Melanggar mana-mana Terma & Syarat;
  • Disyaki melakukan penipuan;
  • Menjejaskan reputasi JKT;
  • Menjejaskan kepentingan perniagaan JKT.

Penamatan boleh dibuat tanpa notis awal.


15. HAD TANGGUNGAN

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia:

  • JKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian tidak langsung, kerugian sampingan atau kerugian khas yang dialami oleh Affiliate.
  • Jumlah liabiliti maksimum JKT tidak akan melebihi jumlah komisen yang masih belum dibayar kepada Affiliate.

16. INDEMNITI

Affiliate bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi JKT daripada sebarang tuntutan, kerugian, kos atau tindakan undang-undang yang berpunca daripada:

  • Salah laku Affiliate;
  • Salah nyata;
  • Pelanggaran Terma & Syarat;
  • Pelanggaran mana-mana undang-undang yang berkaitan.

17. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI

Perjanjian ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

Sebarang pertikaian hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.


18. PINDAAN TERMA

JKT berhak meminda, mengubah, mengemaskini atau menyemak Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.


19. KEPUTUSAN MUKTAMAD

Sebarang pertikaian, kekeliruan atau tafsiran berkaitan Program Affiliate ini, keputusan JKT adalah muktamad dan mengikat semua pihak.


20. NOTIS PENTING

Penyertaan dalam Program Affiliate tidak memberikan kuasa kepada Affiliate untuk:

  • Bertindak sebagai ejen pelancongan berlesen;
  • Mengeluarkan dokumen perjalanan;
  • Mengutip bayaran bagi pihak JKT;
  • Menandatangani kontrak bagi pihak JKT;
  • Membuat sebarang komitmen yang mengikat JKT dari sudut undang-undang.

Semua tempahan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat Rasmi Pakej Pelancongan JKT serta undang-undang dan peraturan Malaysia yang sedang berkuat kuasa.


 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi