KOMISEN DAN BONUS UNTUK EJEN JET KERTAS TRAVEL

 

KOMISEN BULANAN

 1.       Komisen ditetapkan oleh pihak Jet Kertas Travel untuk semua produk/pakej jualan Jet kertas Travel. 

2.       Dalam keadaan tertentu, pihak syarikat boleh menaikkan jumlah komisen untuk produk dan masa tertentu mengikut strategi pemasaran produk, permintaan,  promosi, atau pengenalan produk baru.


STRUKTUR KOMISEN

Kelayakan : komisen akan di bayar apabila-

1.       Bayaran dari pelanggan di terima oleh pihak JKT

2.       Pelanggan bukan pelanggan pra-pelanggan ejen yang lain

3.       Tiada pembayaran kembali, tiada pembatalan trip atau pertikaian bayaran

 

Jadual pembayaran

·   Bayaran Pertama – 50% bayaran yang pertama, komisen yang telah disahkan akan di bayar setiap 10hari bulan selepas JKT menerima bayaran pendahuluanatau bayaran pengesahan dari pelanggan.

·        Bayaran Kedua – Baki 50% bayaran akan di bayar pada 10hb  bulan selepas perlepasan trip pelanggan


Contoh : Pada 11hb July 2026, Ejen A berjaya membuat jualan ke Pelanggan B untuk trip 21 Sep 2026 hingga 30 Sep 2026. Komisen untuk trip ini adalah RM300.

  • 50% komisen (RM150) yang pertama akan di terima oleh Ejen A pada 10hb Aug 2026 .
  • 50% komisen (RM150) yang kedua akan di terima oleh Ejen A pada 10 Oct 2026

 

Jet Kertas Travel ada hak untuk menilai semula bayaran komisen kepada ejen jika:

·         Pelanggan meminta pembayaran balik

·         Bayaran pelanggan ada masalah

·         Berlaku aktiviti yang mencurigakan atau penipuan

·         Pelanggan membuat  aktiviti“chargeback”

·         Ejen hanya memperkenalkan pelanggan yang berpontensi sahaja, tanpa melakukan urusan pendaftaran yang sepatutnya

·         Perlanggaran term dan condition yang telah di tentukan oleh pihak Jet Kertas Travel

 

SISTEM KIRAAN POINT

Jet Kertas Travel mempraktikkan system kiraan pointer untuk setiap jualan pakej Syarikat.

Sistem point ini memudahkan ejen untuk merancang strategi jualan masing-masing untuk mencapai sasaran jualan bulanan.

Jadual  point di bawah untuk rujukan ejen.

Wilayah

Trip

Point

Komisen per pax (RM)

Eropah

Artic Circle 3 Countries

8

400

Transiberia : Mongolia + Russia

8

400

Scandinavia 5 Countries

7

350

Iceland South

6

300

Great Britain

6

300

Russia 4 regions

5

250

Spain Portugal Morocco Gibraltar

5

250

Baltic 4 Countries + Finland

5

250

Balkan

4

200

Japan

Tokyo Fuji Premium

2

100

Tokyo Next Level

3

150

Kansai Next Level

3

150

Hokkaido Premium

4

200

Hokuriku

4

200

Tokyo + Osaka

4

200

Osaka Kansai Regions

4

200

Tohoku

4

200

Kysuhu

4

200

China

Xian

2

100

Southern China + Guilin

2

100

China Silk Road 7D

3

150

China Silk Road 13D

4

200

Yunnan 5 regions

3

150

Shanghai

3

150

Hunnan

3

150

Harbin Ice Festival

3

150

Tibet + 2 Cities

4

200

Xinjiang South

4

200

Xinjiang North

4

200

Sinchuan + 4 cities

4

200

Asia Tengah

India Timur

3

150

Kazakhstan + Kyrgyzstan

4

200

Turki Timur

5

250

Uzbekistan

6

300

Oceania

New Zealand

8

400

**Nota : 1 point mewakili RM50 komisen per pax

Contoh : Ejen C berjaya membuat jualan 2 pax untuk trip New Zealand & 6 pax untuk trip Uzbekistan , jadi total point untuk Ejen C adalah 52 point.


2pax New Zealand = 2pax*8 = 16 point
6pax Uzbekistand = 6pax*6 = 36 point
Jumlah Point :16+36 = 52 point.

Maka komisen yang layak untuk Ejen C adalah RM2,600  (52point * RM50)


BONUS EJEN 

1. BONUS BULANAN

Bonus bulanan akan diberikan kepada ejen yang mencapai sasaran jualan bulanan (minimum pointer 50). Pemenang akan diumumkan setiap 7hb bulan baru

Setiap jualan yang mencapai 50 point, ejen berkenaan layak untuk dapat 0.25gram Gold Bar dari Jet Kertas Travel

 Contoh : Ejen C berjaya dapat 52 point, jadi beliau layak dapat 0.25gram gold bar. Ejen D berjaya dapat 110 point, beliau layak terima 0.50gram gold bar. Ejen C berjaya dapat 180 point, beliau layak terima 0.75gram gold bar dan seterusnya.


2. CONTEST RANKING BULANAN

Contest Ranking Bulanan ini akan diberikan kepada ejen yang mencapai sasaran jualan dengan syarat kelayakan minimum pointer bulanan sekurang-kurangnya 50 pointer dan ke atas untuk layak.

  •  JUARA – Hadiah Misteri akan di maklum kan oleh CEO setiap awal bulan. Hadiah semestinya mengikut peredaran zaman dan terkini
  •  TEMPAT KEDUA  – Hadiah Misteri akan di maklum kan oleh CEO setiap awal bulan. Hadiah semestinya mengikut peredaran zaman dan terkini
  •  TEMPAT KETIGA  – Hadiah Misteri akan di maklum kan oleh CEO setiap awal bulan. Hadiah semestinya mengikut peredaran zaman dan terkini

3. CONTEST 6 BULAN JUALAN (DIKIRA DARI JULY 2026 SEHINGGA 31 DISEMBER 2026)

Contest bulanan akan diberikan kepada ejen yang mencapai sasaran jualan sepanjang 6 bulan  perniagaan (minimum 400 point).

  • JUARA – Layak untuk 1 tiket penerbangan ke Negara EROPAH (Tidak melebihi RM4,000)
  • TEMPAT KEDUA  - Layak untuk 1 tiket penerbangan ke Negara ASIA (Tidak melebihi RM2,500)
  • TEMPAT KETIGA  - Layak untuk 1 tiket penerbangan ke Negara ASEAN (Tidak melebihi RM1,000)


4. BONUS KHAS-TBC

Bonus khas adalah bonus yang ditetapkan untuk apa-apa promosi khas (Contoh : Matta Fair, Raya Fair, Year End Sales, ect0 berdasarkan strategi yang ditetapkan oleh bahagian Pemasaran dan Jualan. Bonus khas juga boleh diumumkan berdasarkan prestasi syarikat, demi menghargai jasa para ejen yang menyokong syarikat.

 

Nota

Jika ada sebarang perubahan tentang komisen, akan dimaklumkan oleh pihak Jet Kertas Travel pada ejen.

 

 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi