FAQ : Jet Kertas Travel Affiliate (ejen)

 1. Apakah itu Program Affiliate Jet Kertas Travel?

Program Affiliate Jet Kertas Travel merupakan program kerjasama pemasaran yang membolehkan individu atau organisasi mempromosikan pakej pelancongan Jet Kertas Travel dan menerima komisen bagi setiap jualan yang berjaya.

Affiliate hanya perlu membantu mendapatkan pelanggan, manakala semua urusan operasi, pembayaran, tempahan dan pengurusan trip akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jet Kertas Travel.

2. Adakah saya perlu mempunyai lesen MOTAC untuk menyertai program ini?

Tidak. Affiliate bertindak sebagai rakan pemasaran (marketing partner) dan bukan sebagai agensi pelancongan berlesen. Semua urusan tempahan, kontrak pelanggan dan pembayaran akan diuruskan oleh Jet Kertas Travel yang berlesen di bawah MOTAC.

3. Bagaimanakah pelanggan membuat pembayaran?

Semua pembayaran MESTI dibuat terus ke akaun rasmi Jet Kertas Travel.

Affiliate tidak dibenarkan:

Mengutip wang pelanggan

Menyimpan deposit pelanggan

Mengeluarkan resit sendiri

Menggunakan akaun peribadi untuk menerima bayaran

4. Bagaimanakah komisen affiliate dikira?

Komisen akan dikira berdasarkan struktur komisen semasa yang ditetapkan oleh Jet Kertas Travel.

Jumlah komisen mungkin berbeza mengikut destinasi, musim perjalanan, promosi dan jenis pakej yang dijual. Struktur komisen terkini boleh dirujuk dengan pihak Jet Kertas travel

5. Bilakah komisen akan dibayar?

Pembayaran komisen dibuat dalam dua peringkat:

50% komisen dibayar pada 15hb setiap bulan selepas pembayaran pelanggan diterima dan disahkan untuk bulan sebelum itu.

Baki 50% komisen dibayar pada 30hb pada bulan trip yang berlangsung.

 Contoh : Berjaya selesaikan urusan tempahan pelanggan pada 29hb Jun 2026 untuk trip 1-10 Sep 2026. Komisen bernilai RM200

50% komisen RM100 akan diterima pada 15hb Julai 2026 (tarikh komisen untuk transaksi bulan sebelumnya) , baki lagi 50% komisen RM100 akan diterima pada 30 Sep 2026 (Selepas perlepasan trip)

6. Jika pelanggan membatalkan tempahan, adakah saya masih menerima komisen?

Affiliate hanya menerima 50% komisen yang pertama sahaja.

 7. Bolehkah saya menawarkan diskaun tambahan kepada pelanggan?

Tidak. Affiliate tidak dibenarkan mengubah harga pakej atau menawarkan diskaun tanpa kelulusan bertulis daripada Jet Kertas Travel. Semua harga rasmi hanya boleh dikeluarkan oleh pihak syarikat.

8. Adakah saya dibenarkan menggunakan media sosial untuk mempromosikan pakej?

Ya. Affiliate digalakkan menggunakan platform seperti:

  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Telegram
  • WhatsApp

Walau bagaimanapun, semua promosi mestilah tepat, tidak mengelirukan dan tidak bercanggah dengan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Jet Kertas Travel.

9. Bagaimana jika pelanggan bertanya soalan yang saya tidak pasti?

Affiliate digalakkan merujuk pelanggan terus kepada pasukan Jet Kertas Travel.

Jangan membuat janji, jaminan atau maklumat yang tidak disahkan oleh syarikat.

Sekiranya ragu-ragu, sila hubungi pasukan Affiliate Support terlebih dahulu.

 10. Jika dua affiliate claim pelanggan yang sama, siapa yang akan dapat komisen?

Komisen akan diberikan berdasarkan rekod rujukan pertama yang berjaya direkodkan dan disahkan oleh Jet Kertas Travel.

 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi