TERMA & SYARAT PROGRAM AFFILIATE
JET KERTAS TRAVEL SDN BHD (JKT)
Dokumen Terma & Syarat ini dalam Program
Affiliate Jet Kertas Travel Sdn Bhd ("JKT"). Dengan mendaftar dan
menyertai program ini, Affiliate/Ejen dianggap telah membaca, memahami serta
bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan.
1. DEFINISI
Bagi tujuan Perjanjian ini:
"JKT" bermaksud
Jet Kertas Travel Sdn Bhd termasuk syarikat berkaitan, subsidiari, pengarah,
kakitangan, wakil dan mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh syarikat.
"Affiliate/Ejen" bermaksud individu atau entiti perniagaan yang telah diluluskan oleh
JKT untuk mempromosikan serta merujuk pelanggan kepada JKT.
"Pelanggan" bermaksud mana-mana individu yang membeli pakej pelancongan atau
perkhidmatan JKT melalui rujukan Affiliate/Ejen.
"Komisen" bermaksud
bayaran insentif yang layak diterima oleh Affiliate/Ejen berdasarkan
syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini.
"Pakej Pelancongan" merujuk kepada semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKT
termasuk pakej pelancongan, tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, visa serta
lain-lain perkhidmatan berkaitan pelancongan.
2. OBJEKTIF PROGRAM
Program Affiliate JKT diwujudkan bagi memberi ganjaran
kepada Affiliate/Ejen yang berjaya mempromosikan serta menghasilkan jualan
produk dan perkhidmatan JKT.
Penyertaan dalam program ini tidak mewujudkan
hubungan pekerjaan, perkongsian perniagaan, francais, ejen berlesen atau
usahasama di antara JKT dan Affiliate/Ejen.
3. KELAYAKAN PENYERTAAN
Affiliate/Ejen hendaklah:
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
- Mempunyai akaun bank Malaysia yang sah (atau
akaun bank luar negara yang diluluskan oleh JKT);
- Memberikan maklumat peribadi yang lengkap dan
tepat;
- Mematuhi semua undang-undang serta peraturan
Malaysia yang berkaitan;
- Mendapat kelulusan rasmi daripada JKT sebelum
menyertai program.
JKT berhak menerima, menolak, menggantung atau
menamatkan mana-mana permohonan Affiliate/Ejen mengikut budi bicara syarikat
tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
4. SALURAN RASMI PEMBAYARAN
Semua bayaran pelanggan termasuk:
- Deposit;
- Bayaran penuh;
- Bayaran baki;
- Sebarang bayaran berkaitan pakej pelancongan;
hendaklah dibuat terus ke akaun rasmi Jet Kertas
Travel Sdn Bhd atau saluran pembayaran rasmi yang diluluskan oleh JKT.
5. LARANGAN MENGUTIP WANG PELANGGAN
Affiliate/Ejen adalah DILARANG SAMA SEKALI
untuk:
- Mengutip wang tunai daripada pelanggan;
- Menerima deposit bagi pihak JKT;
- Menyimpan wang pelanggan;
- Mengeluarkan resit sendiri;
- Menggunakan akaun bank peribadi untuk menerima
bayaran pelanggan.
Sebarang pelanggaran boleh menyebabkan:
- Penamatan keahlian Affiliate secara serta-merta;
- Pembatalan atau pelucuthakan komisen;
- Tindakan undang-undang jika perlu.
6. PENGESAHAN TEMPAHAN
Sesuatu tempahan hanya dianggap SAH dan DISAHKAN
apabila:
- JKT telah menerima bayaran pelanggan; dan
- Resit rasmi pembayaran telah dikeluarkan oleh
JKT.
7. STRUKTUR KOMISEN
7.1 Kelayakan Komisen
Komisen hanya akan dibayar sekiranya:
- Bayaran pelanggan telah berjaya diterima oleh
JKT;
- Pelanggan bukan pelanggan sedia ada yang telah
didaftarkan di bawah Affiliate/Ejen lain;
- Tiada pembatalan, pertikaian pembayaran, caj
balik (chargeback) atau tuntutan bayaran balik.
7.2 Jadual Pembayaran Komisen
Komisen yang diluluskan akan dibayar seperti berikut:
Bayaran Pertama
50% daripada jumlah komisen akan dibayar pada setiap
10hb kalendar tahunan, selepas JKT menerima bayaran deposit atau bayaran
pelanggan.
Bayaran Kedua
Baki 50% akan dibayar selepas pelanggan berlepas ke
destinasi, pada setiap 10hb kalendar tahunan
7.3 Penangguhan Komisen
JKT berhak menangguhkan, mengurangkan, melaras atau
menahan pembayaran komisen sekiranya:
- Bayaran pelanggan masih belum diterima
sepenuhnya;
- Pelanggan membuat tuntutan bayaran balik;
- Berlaku Chargeback;
- Disyaki berlaku penipuan;
- Affiliate hanya memperkenalkan prospek tanpa
tempahan lengkap;
- Affiliate melanggar mana-mana syarat dalam terma
dan syarat.
8. TANGGUNGJAWAB AFFILIATE
Affiliate/Ejen hendaklah:
- Mempromosikan JKT secara jujur dan profesional;
- Memberikan maklumat yang tepat kepada pelanggan;
- Merujuk pelanggan kepada wakil rasmi JKT apabila
diperlukan;
- Tidak membuat sebarang janji atau jaminan yang
tidak diluluskan oleh JKT;
- Sentiasa menjaga nama baik dan reputasi JKT.
Affiliate/Ejen TIDAK DIBENARKAN:
- Memberikan maklumat yang mengelirukan;
- Menyalah tafsir butiran pakej;
- Mengubah harga pakej;
- Memberikan diskaun tanpa kelulusan bertulis;
- Menawarkan hadiah atau manfaat tambahan tanpa
kebenaran bertulis daripada JKT.
9. PEMASARAN DAN PENGIKLANAN
Affiliate/Ejen dibenarkan mempromosikan JKT melalui:
- Facebook
- Instagram
- TikTok
- WhatsApp
- Telegram
- WeChat
- Laman web
- Blog
- Platform media sosial lain
- Rangkaian peribadi
Walau bagaimanapun Affiliate/Ejen tidak dibenarkan:
- Menggunakan iklan yang mengelirukan;
- Membuat dakwaan palsu;
- Menggunakan bahan berhak cipta tanpa kebenaran;
- Menghantar spam atau pemasaran yang menyalahi
undang-undang.
10. PEMATUHAN KEPADA MOTAC DAN DASAR SYARIKAT
Semua pakej dan tempahan tertakluk kepada:
- Undang-undang Malaysia;
- Peraturan Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya Malaysia (MOTAC);
- Keperluan pelesenan agensi pelancongan;
- Terma & Syarat Pakej Pelancongan JKT.
11. PERUBAHAN PAKEJ
JKT berhak pada bila-bila masa untuk:
- Mengubah itinerari;
- Menukar jadual penerbangan;
- Menukar hotel;
- Menukar pengangkutan;
- Menyemak harga pakej;
- Menangguhkan atau membatalkan lawatan;
- Menukar aktiviti;
- Membuat sebarang perubahan operasi yang
difikirkan perlu.
Antara sebab perubahan termasuk:
- Force Majeure;
- Perubahan syarikat penerbangan;
- Arahan kerajaan;
- Perubahan pembekal;
- Faktor keselamatan;
- Keperluan operasi;
- Pertimbangan komersial;
- Sebarang keadaan di luar kawalan munasabah JKT.
12. HAK HARTA INTELEK
Semua:
- Logo
- Tanda dagangan
- Brosur
- Gambar
- Video
- Rekaan grafik
- Bahan promosi
adalah hak milik eksklusif JKT.
Affiliate hanya dibenarkan menggunakan bahan yang
telah diluluskan bagi tujuan mempromosikan Program Affiliate ini sahaja.
13. DASAR ANTI PENIPUAN
JKT mengamalkan polisi Sifar Toleransi
terhadap:
- Tempahan palsu;
- Tempahan sendiri (Self-Referral);
- Manipulasi identiti;
- Penipuan pembayaran;
- Penyalahgunaan komisen;
- Sebarang bentuk penipuan.
JKT berhak menamatkan penyertaan Affiliate serta
mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.
14. PENAMATAN PENYERTAAN
JKT boleh menggantung atau menamatkan penyertaan
Affiliate pada bila-bila masa sekiranya:
- Melanggar mana-mana Terma & Syarat;
- Disyaki melakukan penipuan;
- Menjejaskan reputasi JKT;
- Menjejaskan kepentingan perniagaan JKT.
Penamatan boleh dibuat tanpa notis awal.
15. HAD TANGGUNGAN
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia:
- JKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerugian tidak langsung, kerugian sampingan atau kerugian khas yang
dialami oleh Affiliate.
- Jumlah liabiliti maksimum JKT tidak akan melebihi
jumlah komisen yang masih belum dibayar kepada Affiliate.
16. INDEMNITI
Affiliate bersetuju untuk menanggung rugi dan
melindungi JKT daripada sebarang tuntutan, kerugian, kos atau tindakan
undang-undang yang berpunca daripada:
- Salah laku Affiliate;
- Salah nyata;
- Pelanggaran Terma & Syarat;
- Pelanggaran mana-mana undang-undang yang
berkaitan.
17. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Perjanjian ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
Sebarang pertikaian hendaklah tertakluk kepada bidang
kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
18. PINDAAN TERMA
JKT berhak meminda, mengubah, mengemaskini atau
menyemak Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih
dahulu.
19. KEPUTUSAN MUKTAMAD
Sebarang pertikaian, kekeliruan atau tafsiran
berkaitan Program Affiliate ini, keputusan JKT adalah muktamad dan mengikat
semua pihak.
20. NOTIS PENTING
Penyertaan dalam Program Affiliate tidak memberikan
kuasa kepada Affiliate untuk:
- Bertindak sebagai ejen pelancongan berlesen;
- Mengeluarkan dokumen perjalanan;
- Mengutip bayaran bagi pihak JKT;
- Menandatangani kontrak bagi pihak JKT;
- Membuat sebarang komitmen yang mengikat JKT dari
sudut undang-undang.
Semua tempahan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat
Rasmi Pakej Pelancongan JKT serta undang-undang dan peraturan Malaysia yang
sedang berkuat kuasa.